Sunday, August 3, 2008

Laman Web Rasmi

Silalah lawati laman web rasmi Persatuan Kebajikan Darul Najjah di http://an-najjah.org.

Sunday, July 20, 2008

Laman Web

Blog ini hanya portal sementara. Laman web rasmi Persatuan Kebajikan Darul Najjah sedang dibangunkan dan akan dirasmikan Sabtu ini (26 Julai 2008).

Majlis Ulangtahun Kedua

Dengan segala hormatnya kami ingin menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik ke:

Majlis Ulangtahun Ke-2 An-Najjah
dan Jualan Amal An-Najjah

pada hari Sabtu, 26 Julai 2008
di An-Najjah
No 3, Jalan Kent 2,
off Jalan Maktab,
54000 Kuala Lumpur.
Tel O3-26915246 (Pejabat)

Semoga dengan kehadiran Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik akan menyerikan lagi majlis ini dah mudah-mudahan ianya akan diberkati Allah SWT.

ITENARI

0900pg
Ketibaan tetamu
Bermula: pemeriksaan kesihatan percuma, jualan amal batik, kraftangan, serta makanan

0945pg
Ketibaan tetamu khas

1000pg
Ketibaan YBhg Che Meme Zainal Rashid (Ketua Pengarah JKM Malaysia)
Bacaan doa
Bacaan ayat suci Al-Qur'an
Ucapan serta pelancaran Laman Web oleh Penaung An-Najjah
Persembahan Nasyid Anak-anak An-Najjah
Lawatan oleh Tetamu Khas
Jamuan Ringan

1100pg
Ceramah kesihatan

1200tgh
Demo mencanting batik
Solat & makan tengahari

0230ptg
Ceramah agama

0330ptg
Cabutan nombor bertuah
Pertunjukan taekwando

0400ptg
Lelongan lukisan batik An-Najjah

0500ptg
Majlis bersurai

Profil PKDN



PENUBUHAN
PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN – NAJJAH adalah sebuah Pusat Jagaan amal persendirian yang menjaga dan menguruskan saudara baru dan anak yatim. Di tubuhkan pada 28 hb Jun 2006, ianya wujud hasil dari usaha Pengerusi Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor selaku pengasas. Beliau memulakan penubuhan Pusat Jagaan ini dengan perbelanjaan sendiri. Pusat Jagaan ini terletak di alamat:

No. 3, Jalan Kent 2,
Off Jalan Maktab,
54000 Kuala Lumpur.

PENDAFTARAN
Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor yang menaungi Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An – Najjah ini telah mengemukakan permohonan untuk berdaftar sebagai sebuah Pertubuhan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (R.O.S) Wilayah Persekutuan pada 21 hb Julai 2006 (no.Fail: PPP/WKL 228/06). Pertubuhan ini telah mendapat kelulusan pendaftaran pada 6hb Disember 2006 dengan no.Pendaftaran pertubuhan: 1715-06-WKL

MATLAMAT
Matlamat Pusat Jagaan ini adalah untuk membela nasib Anak Yatim dan Saudara Baru. Anak – anak ini akan diberi pelajaran dan diasuh dengan didikan agama. Pihak Pengurusan Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An – Najjah juga menyediakan guru – guru agama yang terlatih untuk mengajar mereka membaca Al – Quran, mempelajari Fardhu A’in dan bimbingan dalam mengerjakan solat dengan sempurna. Tidak ketinggalan juga, pihak pengurusan menyediakan guru – guru tuisyen dalam membantu mereka agar cemerlang dalam bidang akademik.

Dengan pendidikan yang sempurna, diharap mereka menjadi warganegara yang berguna. Anak – anak ini juga diharap akan menjadi orang – orang yang boleh memimpin keluarga, bangsa dan negara suatu hari nanti.

Matlamat seterusnya adalah untuk menyediakan satu platform yang memberi peluang kepada masyarakat untuk beramal. Pihak pengurusan Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor mengalu-alukan penglibatan dari masyarakat untuk sama-sama menyumbang dari pelbagai sudut bagi memastikan Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An – Najjah ini dapat di uruskan dengan sempurna.

PENGURUSAN
Persatuan mempunyai 8 orang Ahli Jawatankuasa Induk seperti di yang tertera. Tenaga kerja bagi operasi harian PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN – NAJJAH terdiri daripada dua (2) orang yang dibayar upah bagi jawatan Penyelia, Tukang Masak serta Pengemas Rumah, Pembantu kerja - kerja perkeranian dan Pemandu, akan digajikan tidak lama lagi.

AHLI JAWATANKUASA INDUK
PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL NAJJAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR


1. PUAN HAJJAH AMINAH MAT PENGERUSI O12-2056167
2. PUAN SALMAH NORDIN SETIAUSAHA O13-3530898
3. PUAN NORAIDAH MUSTAFFA BENDAHARI O12-3999659
4. PUAN WAN ZULIDIA WAN MOHAMAD ZIN AJK O13-3877699
5. PUAN INTAN MAZNAH HAJI OMAR AJK O19-2262254
6. PUAN HAJAH ZAHARAH IBRAHIM AJK O13-6357290
7. EN. AHMAD KAMIL HAJI OMAR AJK O19-2128853
8. EN. KHAIRUDDIN HASHIM AJK O19-2401812

Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur dan Selangor juga melantik beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kerja Sukarela untuk membantu dalam menguruskan Pusat Jagaan An- Najjah ini di samping merancang aktiviti-aktiviti untuk mencari dan menambah dana persatuan. Ahli Jawatankuasa Kerja Sukarela juga bertugas memantau segala keperluan dan kebajikan anak-anak yang di tempatkan di Pusat Jagaan An-Najjah ini.

AHLI JAWATANKUASA KERJA SUKARELA
PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN – NAJJAH


1. TUAN HAJI SAMSUDIN MOHD. GANI AJK O19-3305103
2. TUAN HAJI OMAR MD YASSIN AJK O12-2542128
3. EN. ABDUL RAHMAN MAUN AJK O13-2361219
4. PUAN HAJJAH ROHANI HAJI HASSAN AJK O12-6096300
5. PUAN NURHAYATI ABDUL TALIB AJK O12-2110901
6. PUAN HAJJAH FARIDAH BEHAM AJK O3-41073525
7. PUAN BARIAH KHASIM AJK O12-9170681
8. PUAN HAJJAH ZAHARAH @ PON AJK O12-3797404

URUSAN DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN - NAJJAH akan menguruskan permohonan untuk berdaftar dengan Jabatan ini sebagai sebuah Pusat Jagaan yang berdaftar apabila telah mendapat kelulusan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

URUSAN DENGAN BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN
Persatuan akan mengemukakan permohonan kepada Baitulmal Wilayah Persekutuan untuk mendapat bantuan kewangan bagi perbelanjaan penubuhan dan perbelanjaan mengurus bagi PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN - NAJJAH Persatuan juga berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan dari pihak yang lain.

BILANGAN PENGHUNI ASRAMA
Dengan keluasan rumah banglo 2 tingkat ini, dijangkakan seramai 24 orang penghuni boleh ditempatkan disini. Ketika ini terdapat seramai 17 orang penghuni sahaja dan pihak pengurusan akan membuat pengambilan baru bagi menambah bilangan anak – anak ini apabila keadaan kewangan mengizinkan.

SUMBER PENDAPATAN
Sumber pendapatan PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN - NAJJAH ini dijangkakan adalah hasil sumbangan dari orang ramai, Badan Korporat dan Pihak Berkuasa yang berkaitan dengan kebajikan. Sumbangan adalah dalam bentuk kewangan, barangan keperluan harian atau penajaan.

AKAUN BANK
Persatuan telah membuka Akaun Semasa di Maybank Jalan Maktab, Kuala Lumpur atas nama
1. Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor – 564212–10–3300
2. Tabung Disleksia An-Najjah – 564212-10-4068
3. Pusat Jagaan Anak Yatim An-Najjah – 564212-10-4074
4. Pusat Jagaan Saudara Baru An-Najjah – 564212-10-4081

Sumbangan kewangan boleh di kreditkan terus kedalam Akaun Semasa ini.

HARAPAN
Persatuan berharap agar hasrat murni ini mendapat sokongan yang ikhlas dan berterusan dari pelbagai pihak.

Semoga ALLAH membukakan pintu hati lebih ramai insan – insan yang lebih bernasib baik untuk sudi menghulurkan bantuan kepada PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN - NAJJAH ini secara berterusan demi membela nasib anak – anak yang kurang bernasib baik ini. Mudah – mudahan segala bentuk sumbangan ini mendapat keberkatan dan ganjaran dari ALLAH, Insya Allah.

PENUTUP
Profil ini di kemukakan untuk tatapan tuan / puan, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Jika tuan / puan ingin mendapatkan penjelasan selanjutnya, sila hubungi Pengerusi Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor Puan Hajjah Aminah Mat (tel bimbit: 012-205 6167)

Peta Lokasi

Sila klik peta di bawah untuk melihat imej lebih besar.

Surat Memohon Bantuan

Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan,

MEMOHON BANTUAN KEWANGAN, PENAJAAN DAN LAIN-LAIN UNTUK KELENGKAPAN / KEPERLUAN PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN-NAJJAH (dibawah naungan Persatuan Kebajikan Darul Najah Kuala Lumpur dan Selangor – no pendaftaran pertubuhan: 1715-06-WKL)

PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL NAJJAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR adalah sebuah persatuan yang menaungi Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An-Najjah, Persatuan ini telah mual beroperasi pada 28 hb Jun 2006 dan telah mendapat kelulusan pendaftaran dari Pendaftar Pertubuhan pada 6 hb Disember 2006 ( No. Pendaftaran Pertubuhan 1715-06-WKL). Rumah An Najjah ini bertempat di alamat:

No. 3, Jalan Kent 2,
Off Jalan Maktab,
54000 Kuala Lumpur

Di alamat ini juga merupakan asrama yang menempatkan kanak-kanak saudara baru anak-anak orang asli dan anak yatim yang dhaif. Anak – anak ini di bawah jagaan Warden yang di tugaskan menyelia dan membimbing dalam kegiatan harian. Aktiviti harian Pusat Jagaan ini di pantau oleh Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kerja yang akan memastikan segala keperluan anak-anak ini terpelihara. Pihak pengurusan juga menyediakan Guru Agama yang di upah untuk mengajar Fardhu Ain, mengaji Al Qur’an dan tidak ketinggalan juga beberapa orang Guru bagi mengajar matapelajaran penting untuk semua anak-anak ini.

Pada masa ini Pusat Jagaan ini belum lagi mendapat sebarang bantuan kewangan dari mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berharap agar mendapat pertimbangan Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan terhadap permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi mengadakan kesemua keperluan / kelengkapan untuk memastikan keselesaan anak-anak ini.

Di sertakan senarai anggaran perbelanjaan bulanan yang diperlukan pada ketika ini bagi menguruskan Pusat Jagaan ini. Bantuan yang berterusan dalam bentuk bantuan kewangan atau penajaan adalah amat kami harapkan. Penajaan barangan seperti:

  • Makanan kering – rempah ratus, sos, kicap, minyak masak, tepung dan lain-lain keperluan dapur

  • Makanan untuk sarapan pagi – susu, bijirin, sapuan untuk roti dan lain-lain yang berkaitan.

  • Penjagaan diri – ubat gigi, syampu, sabun mandi, berus gigi minyak rambut.

  • Keperluan bantuan pembelajaran – buku rujukan, buku kerja dan alatulis.


Nota: Penajaan berbentuk kursus atau motivasi yang berkala secara berterusan amat di alu-alukan bagi member pendedahan dan bantuan moral kepada anak-anak ini.

Adalah amat besar harapan kami di PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL NAJJAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR ini semoga permohonan ini benar-benar mendapat perhatian dari pihak Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan. Maklum balas yang positif dari pihak Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan amat kami harapkan.

Jika Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan persatuan ini, pihak kami sedia di hubungi pada bila – bila masa. Puan Hajjah Aminah Binti Mat, Pengerusi PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL NAJJAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR boleh di hubungi melalui nombor telefon bimbit: 012 2056167.

Segala perhatian, pertimbangan dan bantuan dari Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.



Yang Benar,

HAJJAH AMINAH MAT
PENGASAS / PENGERUSI
Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur dan Selangor

Perbelanjaan Bulanan dan Senarai Keperluan

PERBELANJAAN BULANAN

Perbelanjaan mengurus Pusat Jagaan dan anak – anak setiap bulan dianggarkan sebanyak RM 14, 776.00 (Ringgit Malaysia Empat Belas Ribu Tujuh Ratus Tujuh Puluh Enam Sahaja)

BIL PERBELANJAAN AMAUN

1 SEWA RUMAH
RM 2,500

2. BAYARAN BAS SEKOLAH (RM 30.00 X 24 )
RM 720

3. BIL ELEKTRIK DAN AIR
RM 600

4. PERBELANJAAN PASAR / BARANG DAPUR
RM 3,600

5. BELANJA SEKOLAH ( RM 2.00 X 24 X 22 HARI)
RM 1, 056

6. YURAN TUISYEN (AGAMA ISLAM)
RM 1, 500

7. YURAN TUISYEN ( AKADEMIK)
RM 1, 500

8. GAJI PENYELIA
RM 1, 550

9. GAJI PEMBANTU RUMAH
RM 600

10. PERBELANJAAN PEJABAT / TELEFON
RM 800

11. YURAN KOMPUTER / BIL STREAMYX
RM 350

JUMLAH RM 14, 776



SENARAI KEPERLUAN / KELENGKAPAN

1. Membeli sebuah Van angkut yang boleh memuatkan 20 orang pada satu masa.
RM 80, 000.00

2. Bekalan Makanan harian @ sebulan
RM 3, 600.00

3. Membeli Vacuum Cleaner bekuasa tinggi
RM 1, 300.00

4. Bayaran sewa rumah kediaman di No. 3, Jalan Kent 2, off Jalan Maktab
Kuala Lumpur.
RM 2, 500.00

5. Membaik pulih pagar dan mengecat tembok dan pagar. Menurap “driveway” supaya tidak menakung air apabila hujan.
RM 3, 500.00

6. Yuran tuition untuk semua matapelajaran
RM 1, 500.00


JUMLAH
RM92, 400.00