Sunday, July 20, 2008

Surat Memohon Bantuan

Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan,

MEMOHON BANTUAN KEWANGAN, PENAJAAN DAN LAIN-LAIN UNTUK KELENGKAPAN / KEPERLUAN PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN-NAJJAH (dibawah naungan Persatuan Kebajikan Darul Najah Kuala Lumpur dan Selangor – no pendaftaran pertubuhan: 1715-06-WKL)

PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL NAJJAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR adalah sebuah persatuan yang menaungi Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An-Najjah, Persatuan ini telah mual beroperasi pada 28 hb Jun 2006 dan telah mendapat kelulusan pendaftaran dari Pendaftar Pertubuhan pada 6 hb Disember 2006 ( No. Pendaftaran Pertubuhan 1715-06-WKL). Rumah An Najjah ini bertempat di alamat:

No. 3, Jalan Kent 2,
Off Jalan Maktab,
54000 Kuala Lumpur

Di alamat ini juga merupakan asrama yang menempatkan kanak-kanak saudara baru anak-anak orang asli dan anak yatim yang dhaif. Anak – anak ini di bawah jagaan Warden yang di tugaskan menyelia dan membimbing dalam kegiatan harian. Aktiviti harian Pusat Jagaan ini di pantau oleh Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Kerja yang akan memastikan segala keperluan anak-anak ini terpelihara. Pihak pengurusan juga menyediakan Guru Agama yang di upah untuk mengajar Fardhu Ain, mengaji Al Qur’an dan tidak ketinggalan juga beberapa orang Guru bagi mengajar matapelajaran penting untuk semua anak-anak ini.

Pada masa ini Pusat Jagaan ini belum lagi mendapat sebarang bantuan kewangan dari mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berharap agar mendapat pertimbangan Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan terhadap permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi mengadakan kesemua keperluan / kelengkapan untuk memastikan keselesaan anak-anak ini.

Di sertakan senarai anggaran perbelanjaan bulanan yang diperlukan pada ketika ini bagi menguruskan Pusat Jagaan ini. Bantuan yang berterusan dalam bentuk bantuan kewangan atau penajaan adalah amat kami harapkan. Penajaan barangan seperti:

  • Makanan kering – rempah ratus, sos, kicap, minyak masak, tepung dan lain-lain keperluan dapur

  • Makanan untuk sarapan pagi – susu, bijirin, sapuan untuk roti dan lain-lain yang berkaitan.

  • Penjagaan diri – ubat gigi, syampu, sabun mandi, berus gigi minyak rambut.

  • Keperluan bantuan pembelajaran – buku rujukan, buku kerja dan alatulis.


Nota: Penajaan berbentuk kursus atau motivasi yang berkala secara berterusan amat di alu-alukan bagi member pendedahan dan bantuan moral kepada anak-anak ini.

Adalah amat besar harapan kami di PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL NAJJAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR ini semoga permohonan ini benar-benar mendapat perhatian dari pihak Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan. Maklum balas yang positif dari pihak Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan amat kami harapkan.

Jika Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan memerlukan maklumat yang lebih lanjut berkaitan persatuan ini, pihak kami sedia di hubungi pada bila – bila masa. Puan Hajjah Aminah Binti Mat, Pengerusi PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL NAJJAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR boleh di hubungi melalui nombor telefon bimbit: 012 2056167.

Segala perhatian, pertimbangan dan bantuan dari Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ / Datin/ Tuan / Puan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.



Yang Benar,

HAJJAH AMINAH MAT
PENGASAS / PENGERUSI
Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur dan Selangor

No comments: