Sunday, July 20, 2008

Profil PKDN



PENUBUHAN
PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN – NAJJAH adalah sebuah Pusat Jagaan amal persendirian yang menjaga dan menguruskan saudara baru dan anak yatim. Di tubuhkan pada 28 hb Jun 2006, ianya wujud hasil dari usaha Pengerusi Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor selaku pengasas. Beliau memulakan penubuhan Pusat Jagaan ini dengan perbelanjaan sendiri. Pusat Jagaan ini terletak di alamat:

No. 3, Jalan Kent 2,
Off Jalan Maktab,
54000 Kuala Lumpur.

PENDAFTARAN
Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor yang menaungi Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An – Najjah ini telah mengemukakan permohonan untuk berdaftar sebagai sebuah Pertubuhan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (R.O.S) Wilayah Persekutuan pada 21 hb Julai 2006 (no.Fail: PPP/WKL 228/06). Pertubuhan ini telah mendapat kelulusan pendaftaran pada 6hb Disember 2006 dengan no.Pendaftaran pertubuhan: 1715-06-WKL

MATLAMAT
Matlamat Pusat Jagaan ini adalah untuk membela nasib Anak Yatim dan Saudara Baru. Anak – anak ini akan diberi pelajaran dan diasuh dengan didikan agama. Pihak Pengurusan Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An – Najjah juga menyediakan guru – guru agama yang terlatih untuk mengajar mereka membaca Al – Quran, mempelajari Fardhu A’in dan bimbingan dalam mengerjakan solat dengan sempurna. Tidak ketinggalan juga, pihak pengurusan menyediakan guru – guru tuisyen dalam membantu mereka agar cemerlang dalam bidang akademik.

Dengan pendidikan yang sempurna, diharap mereka menjadi warganegara yang berguna. Anak – anak ini juga diharap akan menjadi orang – orang yang boleh memimpin keluarga, bangsa dan negara suatu hari nanti.

Matlamat seterusnya adalah untuk menyediakan satu platform yang memberi peluang kepada masyarakat untuk beramal. Pihak pengurusan Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor mengalu-alukan penglibatan dari masyarakat untuk sama-sama menyumbang dari pelbagai sudut bagi memastikan Pusat Jagaan Anak Yatim / Saudara Baru An – Najjah ini dapat di uruskan dengan sempurna.

PENGURUSAN
Persatuan mempunyai 8 orang Ahli Jawatankuasa Induk seperti di yang tertera. Tenaga kerja bagi operasi harian PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN – NAJJAH terdiri daripada dua (2) orang yang dibayar upah bagi jawatan Penyelia, Tukang Masak serta Pengemas Rumah, Pembantu kerja - kerja perkeranian dan Pemandu, akan digajikan tidak lama lagi.

AHLI JAWATANKUASA INDUK
PERSATUAN KEBAJIKAN DARUL NAJJAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR


1. PUAN HAJJAH AMINAH MAT PENGERUSI O12-2056167
2. PUAN SALMAH NORDIN SETIAUSAHA O13-3530898
3. PUAN NORAIDAH MUSTAFFA BENDAHARI O12-3999659
4. PUAN WAN ZULIDIA WAN MOHAMAD ZIN AJK O13-3877699
5. PUAN INTAN MAZNAH HAJI OMAR AJK O19-2262254
6. PUAN HAJAH ZAHARAH IBRAHIM AJK O13-6357290
7. EN. AHMAD KAMIL HAJI OMAR AJK O19-2128853
8. EN. KHAIRUDDIN HASHIM AJK O19-2401812

Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur dan Selangor juga melantik beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kerja Sukarela untuk membantu dalam menguruskan Pusat Jagaan An- Najjah ini di samping merancang aktiviti-aktiviti untuk mencari dan menambah dana persatuan. Ahli Jawatankuasa Kerja Sukarela juga bertugas memantau segala keperluan dan kebajikan anak-anak yang di tempatkan di Pusat Jagaan An-Najjah ini.

AHLI JAWATANKUASA KERJA SUKARELA
PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN – NAJJAH


1. TUAN HAJI SAMSUDIN MOHD. GANI AJK O19-3305103
2. TUAN HAJI OMAR MD YASSIN AJK O12-2542128
3. EN. ABDUL RAHMAN MAUN AJK O13-2361219
4. PUAN HAJJAH ROHANI HAJI HASSAN AJK O12-6096300
5. PUAN NURHAYATI ABDUL TALIB AJK O12-2110901
6. PUAN HAJJAH FARIDAH BEHAM AJK O3-41073525
7. PUAN BARIAH KHASIM AJK O12-9170681
8. PUAN HAJJAH ZAHARAH @ PON AJK O12-3797404

URUSAN DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN - NAJJAH akan menguruskan permohonan untuk berdaftar dengan Jabatan ini sebagai sebuah Pusat Jagaan yang berdaftar apabila telah mendapat kelulusan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

URUSAN DENGAN BAITULMAL WILAYAH PERSEKUTUAN
Persatuan akan mengemukakan permohonan kepada Baitulmal Wilayah Persekutuan untuk mendapat bantuan kewangan bagi perbelanjaan penubuhan dan perbelanjaan mengurus bagi PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN - NAJJAH Persatuan juga berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan dari pihak yang lain.

BILANGAN PENGHUNI ASRAMA
Dengan keluasan rumah banglo 2 tingkat ini, dijangkakan seramai 24 orang penghuni boleh ditempatkan disini. Ketika ini terdapat seramai 17 orang penghuni sahaja dan pihak pengurusan akan membuat pengambilan baru bagi menambah bilangan anak – anak ini apabila keadaan kewangan mengizinkan.

SUMBER PENDAPATAN
Sumber pendapatan PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN - NAJJAH ini dijangkakan adalah hasil sumbangan dari orang ramai, Badan Korporat dan Pihak Berkuasa yang berkaitan dengan kebajikan. Sumbangan adalah dalam bentuk kewangan, barangan keperluan harian atau penajaan.

AKAUN BANK
Persatuan telah membuka Akaun Semasa di Maybank Jalan Maktab, Kuala Lumpur atas nama
1. Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor – 564212–10–3300
2. Tabung Disleksia An-Najjah – 564212-10-4068
3. Pusat Jagaan Anak Yatim An-Najjah – 564212-10-4074
4. Pusat Jagaan Saudara Baru An-Najjah – 564212-10-4081

Sumbangan kewangan boleh di kreditkan terus kedalam Akaun Semasa ini.

HARAPAN
Persatuan berharap agar hasrat murni ini mendapat sokongan yang ikhlas dan berterusan dari pelbagai pihak.

Semoga ALLAH membukakan pintu hati lebih ramai insan – insan yang lebih bernasib baik untuk sudi menghulurkan bantuan kepada PUSAT JAGAAN ANAK YATIM / SAUDARA BARU AN - NAJJAH ini secara berterusan demi membela nasib anak – anak yang kurang bernasib baik ini. Mudah – mudahan segala bentuk sumbangan ini mendapat keberkatan dan ganjaran dari ALLAH, Insya Allah.

PENUTUP
Profil ini di kemukakan untuk tatapan tuan / puan, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Jika tuan / puan ingin mendapatkan penjelasan selanjutnya, sila hubungi Pengerusi Persatuan Kebajikan Darul Najjah Kuala Lumpur Dan Selangor Puan Hajjah Aminah Mat (tel bimbit: 012-205 6167)

No comments: